Perak Hari Ini

50 Unit Banglo Mampu Milik Menanti Rakyat Perak

IPOH- Sebanyak 50 unit rumah banglo dengan harga mampu milik menerusi Projek Bemban Highway Residence Pusing masih menanti rakyat negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembangunan projek berkenaan merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah & Tanah Kinta dengan pihak pemaju.

Jelas beliau, unit rumah banglo model setingkat sama seperti unit rumah teres dua tingkat kebiasaannya di jual bermula pada harga RM500,000.

“Projek ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri dalam membangun dan menyediakan perumahan selesa untuk rakyat Negeri Perak, khususnya golongan B40.

“Dengan mengambil contoh Projek Perumahan RPT Bemban Highway Residence Pusing ini sebagai model, pemaju digalakkan untuk membina lebih banyak rumah dengan harga berpatutan di Negeri Perak, yang akhirnya memberikan situasi menang-menang kepada pemaju, pembeli dan kepada Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu majlis.

Bagaimanapun menurut Ketua Pegawai Eksekutif JRD Development Group, Ivan Kok, menerusi projek berkenaan ia dijual pada harga bermula RM308,000 dan RM358,000 dengan dua jenis rumah iaitu jenis A iaitu terdapat sebanyak tiga bilik tidur dan jenis B yang dengan lima bilik tidur.


Dalam pada itu jelas Ahmad Faizal, kawasan pembinaan rumah tersebut dahulunya adalah kawasan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) yang telah dirancang oleh pentadbiran sebelum tetapi ianya telah ditambah baik.

“Penggunaan nama Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) bagi kawasan perumahan berkenaan bukanlah menjelaskan ianya di merupakan kawasan perumahan tersusun kerana tanah tersebut telah dijual oleh pihak pemaju terdahulu kepada JRD Development Group untuk dibangunkan.

“Pihak pemaju kini mengambil alih dan membina rumah banglo berkenaan dengan penamat yang cukup baik, keadaan yang selesa dan pada harga yang berpatutan.

“Bukan lah kesemua perancangan pentadbiran terdahulu tidak dilaksanakan tetapi ianya diperbaiki dengan kerjasama pemaju seperti JRD Development Group,” katanya dalam satu sidang media selepas beliau melancarkan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan RPT Bemban Highway Residen Pusing, hari ini.

Namun begitu katanya, pada masa yang sama, kerajaan juga cuba untuk menyelesaikan masalah setinggan yang dihadapi oleh rakyat.

“Keputusan kerajaan terdahulu telah diperbaiki bersama pemaju di mana wijudnya pembinaan rumah bertaraf tinggi dengan harga yang rendah.

“Kerajaan juga meneruskan usaha untuk membuka RPT dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan bagi rakyat di negeri Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");