Membawang Hari Ini

67 Filem Rebut 32 Kategori FFM31

HULU KELANG: Sebanyak 67 filem bersaing merebut 32 kategori pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 di Encore Melaka pada 18 April depan.

Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku : Tanpa Sempadan, karya yang bakal dipertandingkan merangkumi 35 filem Bahasa Malaysia; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (empat) serta sebuah filem yang mewakili kategori lain-lain.

Antara filem yang dipertandingkan adalah Ejen Ali The Movie, Misteri Dilaila, Bikers Kental, Motif, Tiada Tajuk, Sangkar dan Wira.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kerajaan Melaka bagi menjayakan FFM31.

“Kami menyimpan hajat besar, FINAS ingin melakukan sesuatu yang berbeza. Seperti yang diketahui, banyak filem berjaya mencapai pecah panggung tahun lalu.

“Ramai penggiat industri kreatif berjaya ke peringkat antarabangsa. Malah, filem Malaysia membolosi pencalonan awal pada Anugerah Akademi 2020,” katanya pada sidang media mengumumkan FFM31 di Kompleks FINAS di sini, hari ini.

Hans berkata, FINAS mensasarkan lebih banyak filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa tahun ini.

“Hendak cakap senang dan kritik senang, tetapi bukan mudah mahu memasarkan filem tempatan ke luar negara.

“Kami memerlukan sokongan semua bahagian penggiat industri kreatif. Kami mahu bersikap adil dan memberi peluang kepada penggiat seni,” katanya.

Malam kemuncak FFM31 akan disiarkan secara langsung melalui Astro pada jam 9 malam. Majlis perasmian festival itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April depan.

Kali ini, empat kategori iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula.

Buat kali pertama, kategori Tatarias Terbaik dipertandingkan pada penganjuran kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");