Perak Hari Ini

7 Buah Rumah Teres Terbakar

TAIPING- Tujuh buah rumah teres dua tingkat kelas A di Taman Tupai Mas dilaporkan terbakar di sini, pada pagi tadi.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.55 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, pihak JBPM mendapati kebakaran yang berlaku melibatkan tiga buah rumah.

“Kebakaran tersebut telah melibatkan tujuh buah rumah keseluruhannya di mana sebuah rumah didapati telah musnah terbakar sebanyak 80 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat sebuah rumah mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus, dua buah rumah mengalami kebakaran 10 peratus dan tiga lagi rumah mengalami kerosakan akibat terbakar sebanyak satu peratus,” katanya.

Tambah beliau, turut musnah terbakar adalah empat buah motosikal, sebuah van dan kereta.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa cina telah melecur di bahagian bahu sebanyak lima peratus,” katanya.

Anggota telah menggunakan satu aliran hose 100 kali bersumberkan air pili bomba bagi mengawal kebakaran pada awal pagi tersebut.

Operasi disertai anggota dan jentera dari BBP Kamunting sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Rafeel Hairul Richard tersebut tamat pada jam 5.35 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");