Perak Hari Ini

76 Anggota Baharu Di Balai Berisiko

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima 76 anggota baharu yang mana akan ditempatkan di balai-balai berisiko seluruh negeri.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, keutamaan diberikan kepada balai yang berisiko tinggi dari aspek kebakaran seperti di Ipoh, Manjung dan Tapah.

“Anggota baru ini akan ditempatkan di Balai Bomba Pulau Pangkor untuk melengkapkan kekuatan kita sempena pengisytiharan kawasan itu sebagai pulau bebas cukai.

“Walaupun anggota ini masih baru tetapi mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan yang dilaksanakan di akademi bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Azmi, perkara ini sekaligus untuk mempergiatkan lagi pelaksanaan kempen keselamatan kebakaran menerusi aktiviti kepada masyarakat.

“Gabungan tenaga sedia ada dan anggota baru ini pasti menghasilkan perkhidmatan lebih cemerlang melalui pengalaman dan fizikal yang mantap,” katanya.

Menurut beliau, penambahan anggota itu akan merancakkan lagi kesiapsiagaan JBPM Perak dalam menangani insiden melibatkan kebakaran, kemalangan dan khidmat kemanusiaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");