Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Tolak Spekulasi Bakal Jadi Menteri Pendidikan

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan sebarang spekulasi kononnya beliau bakal menggantikan tempat bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya mendengar apa saja spekulasi tentang perkara tersebut walaupun Tun M telah menjelaskan bahawa pemilihan Menteri Pendidikan yang baharu akan dilantik dari kalangan ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Negara pelu memberi sokongan penuh terhadap usaha yang dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed kerana terdapat banyak masalah yang perlu kita selesaikan.

“Namun begitu, saya amat gembira apabila jawatan Menteri Pelajaran dipegang secara interim atau sementara oleh Tun M yang kita kenali sebagai seorang pemimpin yang amat berkebolehan dan tentunya beliau akan mampu menyelesaikan pelbagai kerumitan yang ada di kementerian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jualan Rumah Perakku Fasa 1 dan Majlis Pecah Tanah Bit Polis di Raia Perdana di sini, hari ini.

Tambah beliau, tentunya saya atau mana-mana pemimpin lain, atau ahli parlimen yang sedia ada tidak mampu mampu menandingi keupayaan yang ada pada Tun M.

“Jadi, saya tidak perlu menyimpan angan-angan dan saya perlu fokus kepada usaha untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan media mengesahkan Dr Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu, seperti yang diputuskan Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet, pada 8 Januari.

Manakala, Dr Maszlee mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020 selepas 20 bulan memikul jawatan terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");