Perak Hari Ini

Akan Bincang Dengan Kerajaan Persekutuan, Mahu Atasi Kesesakan Di Pangkor – Exco

Tan kar hing

IPOH: Kerajaan Perak sedang berusaha bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Pulau Pangkor selepas diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) 1 Januari lalu, khususnya di kawasan Jeti Pangkor

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata dalam masa terdekat ini kerajaan negeri mahu menaiktaraf Jeti Pangkor dengan kerjasama pihak swasta.

Pagi tadi dalam satu sidang media berasingan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, beberapa wakil penduduk Pulau Pangkor telah hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berhubung cadangan membuka semula Jeti Sungai Pinang Kecil.

Wakilnya, Foo Yong Hooi berkata selain kesesakan trafik, keadaan Jeti Pangkor yang agak sempit itu telah menyukarkan urusan harian penduduk tempatan khususnya golongan warga emas.

Mengulas lanjut, Kar Hing berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada beliau minggu lalu dan katanya Sekretariat PBC Pangkor akan memanjangkan hal itu kepada kerajaan persekutuan.

“Kawalan keluar masuk Pulau Pangkor adalah dilaksanakan sebagaimana mematuhi ketetapan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Jika diikutkan ia lebih kurang sama dengan tempat yang lain cuma jeti sedia ada di Pulau Pangkor kini tidak ada ruang yang mencukupi.

“Kita ada perbincangan berterusan dengan kerajaan persekutuan supaya perkara ini dapat dilihat semua khususnya berkenaan kemudahan laluan bagi warga tempatan,” katanya.

Selain itu, ujar beliau untuk membuka semula jeti tersebut ianya memerlukan keputusan daripada kerajaan persekutuan.

“Untuk jangka masa panjang, kita memang sudah ada beberapa pihak swasta yang membentangkan cadangan untuk membina sebuah kompleks jeti.

“Kita berharap dengan adanya kompleks jeti itu, ia akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan serta masalah kekurangan ruangan parkir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Sidang Media Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Kar Hing berkata penganjuran acara tersebut akan diadakan di Eco Botani Park. Bandar Seri Botani, dekat sini, pada 6 Februari depan bermula jam 6 petang sehingga 11 malam.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dijadualkan berangkat ke majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");