Perak Hari Ini

Akan Cuba Selesai Isu Hutan Simpan Kledang Saiong

BATU GAJAH: Kerajaan Perak akan mencari jalan penyelesaian menang-menang berhubung isu pembersihan tanah di Hutan Simpan Kledang Saiong berhampiran Chemor, di Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah berjumpa dengan persatuan penduduk yang mahu projek di kawasan tersebut segera dihentikan.

Kata beliau akan merujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Tanah bagi meneliti perkara tersebut.

“Kawasan itu telah dinyahwartakan sekitar tahun 2010. Kemudian ia telah diluluskan untuk projek tersebut awal sebelum pentadbiran saya.

“Namun, kita sedang berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi mencari jalan penyelesaian yang mana sekiranya berlaku apa-apa pembangunan ianya harus mematuhi peraturan,” katanya.

Tambah beliau, wakil penduduk juga ada menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pembersihan kawasan yang dahulunya terkenal dengan kehijauannya.

“Kita akan cuba cari jalan penyelesaian menang-menang. Kerajaan akan lihat perkara ini dan kita akan menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Notis 5A RPT Bemban dan Majlis Penyerahan Hak Milik RPT Papan di Arena Square, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan lebih 1,000 penduduk Taman Chepor Sentosa membantah kerja-kerja pembersihan tanah yang dijalankan di Hutan Simpan Kledang Saiong seluas 151.49 hektar.

PKNP dalam satu kenyataan berkata ianya bertujuan bagi menjalankan projek pembangunan tanah dusun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");