Berita Hari Ini

Akibat Jual Barang Tiruan, Ibu Tunggal Didenda RM25,000

MELAKA TENGAH – Seorang ibu tunggal didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual 777 unit barangan tiruan jenama antarabangsa bernilai lebih RM300,000 Selasa lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Orang kena saman (OKS), Seah Chiew Yee, 31, yang bekerja sebagai penyelia kedai membuat pengakuan bersalah itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mahkamah turut menetapkan penjara enam bulan sekiranya OKS gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammed Heikal Ismail memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

OKS yang diwakili peguam, Melvin Tay merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan OKS telah bercerai dan perlu menyara anak berusia 12 tahun serta ibu yang uzur selain tahap pendidikannya hanya sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tidak tahu untuk membezakan ketulenan barangan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa mempunyai dalam kawalan barangan jenama tiruan antarabangsa menggunakan cap dagangan Versace bagi tujuan perdagangan membabitkan 615 unit kemeja-T, seluar pendek (5), jeans (44), kemeja (26), baju sejuk (34), tali pinggang (12), sarung kaki (10) dan beg kertas (31) jenama sama.

Chiew Yee didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis outlet di dalam pusat beli belah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir pada jam 12.25 tengah hari, 14 Januari lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 100, Akta Cap Dagangan 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 102(1)(c) akta sama, yang boleh dihukum mengikut

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");