Berita Hari Ini

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan Petang Ini

ALIRAN trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik menuju utara perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bukit Tagar ke Lembah Beringin serta Tapah ke Gopeng berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

“Trafik menuju ke selatan pula perlahan dari Senai ke Sedenak serta Ayer Hitam ke Yong Peng,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik menuju ke pantai timur bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah.

“Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");