Panasnya Hari Ini
Like

Anwar Tidak Dapat Maafkan Yusoff Rawther

January 15, 2020
329 Views
0 Comments
1 minute read
Anwar Tidak Dapat Maafkan Yusoff Rawther

MEMBAKUT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang menuduhnya melakukan serangan seksual.

“Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya,” kata
Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam akaun Twitter peribadinya pada Selasa.

Kenyataan Anwar itu merujuk pada dakwaan Muhammed Yusuf yang sebelum ini turut membuat akuan bersumpah mendakwa dia berdepan serangan seksual di sebuah kediaman di Segambut, pada 2 Oktober tahun lepas.

Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.

Reaksi Anwar itu dibuat susulan keputusan Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat pendakwaan atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff.

“Ya saya (sudah) keluarkan kenyataan berkenaan (berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara) dan saya terus saman,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Pimping, di sini, Selasa malam.

Anwar dalam masa sama menzahirkan penghargaan terhadap keputusan itu, selain ia menunjukkan tahap profesionalisme pihak berkuasa dalam menyiasat perkara tersebut.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek menerusi kenyataan berkata, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun sama memetik Astro Awani.

Komen & Pendapat

Comments are closed.