Berita Hari Ini

‘Atas Nasihat Ayahanda Tun M, Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan’ – Maszlee

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.

Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

“Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di pekarangan Kementerian Pendidikan di Putrajaya, pada Khamis.

Sebelum itu, timbul spekulasi berhubung peletakan jawatan beliau di media sosial sejurus selepas berita pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis timbul.

Bagaimana pun Maszlee agak terkilan berhubung beberapa perkara apabila kementeriannya sering dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi meskipun telah melaksanakan pelbagai transformasi selain mendahului kementerian lain.

“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

“Isu krisis dan kontroversi lebih menjadi perhatian media berbanding kejayaan yang telah dilakar Kementerian Pendidikan sebelum ini”, katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk isu sarapan percuma kepada pekajar sekolah.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, kontroversi tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada kemuncak kepada peletakan jawatan Maszlee memetik Astro Awani.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");