Sukan Hari Ini

‘Bagi Martinez Jika Mahu Pogba’

LONDON: Manchester United mengingatkan Inter Milan mereka perlu membenarkan penyerangnya, Lautaro Martinez ke Old Trafford jika berminat mendapatkan khidmat Paul Pogba.

Kelab tetangga United, Manchester City dan gergasi Sepanyol, Barcelona antara pasukan yang kuat dikaitkan dengan pemain berusia 22 tahun Martinez yang sudah meledak 16 gol dalam 23 penampilan musim ini.

Pogba pula dikatakan terdesak untuk menyertai Inter yang dikendalikan bekas pengurusnya di Juventus, Antonio Conte menurut laporan akhbar di Britain.

Martinez yang juga pemain kelahiran Argentina dinilai sekitar £80 juta (RM429.53 juta) manakala United menegaskan Pogba bernilai £150 juta (RM805.37 juta).

Juventus dan Real Madrid turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba ketika ramai pengkritik menyatakan adalah lebih baik jika bintang Perancis itu meninggalkan Old Trafford.

Tetapi disebalik segala spekulasi, Solskjaer berkata dia mahu pemain tengah kontroversi itu untuk kekal dan menegaskan Pogba tidak akan kemana-mana pada perpindahan Januari ini.

Solskjaer sekali lagi beraksi tanpa kelibat Pogba ketika pasukannya diikat tanpa jaringan oleh Wolves dalam aksi Piala FA, awal pagi tadi dan selepas perlawanan, dia menegaskan tiada peluang untuk pemain itu meninggalkan United bulan ini.

“Kamu tidak akan melihat Paul keluar pada Januari,” katanya dengan Pogba terpaksa diketepikan selama beberapa minggu susulan kecederaan buku lali. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");