Perak Hari Ini

Bahan Kimia Bocor, Guru Dan Pelajar Selamat

SERI ISKANDAR: Bahan kimia jenis asid sulfurik UN1830 serta lysol dilaporkan telah bocor dan menghasilkan bau tengik di Sekolah Menengah Maharajala Lela, Parit, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 9.55 dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak JBPM bagaimanapun turut menerima bantuan dari pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) BBP Pasir Puteh.

“Semasa komander operasi tiba di tempat kejadian didapati terdapat bahan yang pecah di dalam stor makmal sekolah berkenaan dan ada tumpahan bahan berbentuk cecair di dalam kabinet.

“Pasukan tersebut diarahkan untuk menghantar dua orang anggota bagi pengendalian tumpahan bahan kimia.

“Setelah dibuat pemeriksaan, tiada sebarang bahan yang merbahaya pada pengesan gas,” katanya.

Sejurus itu, pasukan HAZMAT telah meneutralisasikan bahan tersebut dan diletakkan di dalam sebuah bekas.

“Mereka turut membuat semakkan dengan menggunakan pengesan gas bagi mengenalpasti bahan kimia yang lain selain asid sulfurik dengan kelikatan 98 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, kawasan tersebut kenalpasti selamat dan tidak terdapat sebarang kecederaan kepada guru dan pelajar.

Bahan tersebut telah dibungkus dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");