Membawang Hari Ini

Bella Astillah Sedia Terima Semula Aliff Aziz

Sejak kebelakangan ini, ramai membuat spekulasi mengatakan yang Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz sudah kembali bersama apabila banyak gambar dimuatnaik pasangan menunjukkan mereka banyak meluangkan masa bersama.

Bercakap kepada Harian Metro, Bella Astillah tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula Aliff Aziz dalam hidupnya jika itu yang terbaik buat kehidupan anak mereka.

“Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan”

“Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam,” ujar Bella Astillah.

Dalam masa yang sama, Bella Astillah juga mengakui sukar untuk dirinya untuk mendekati lelaki lain pada masa ini dan percaya perpisahan mereka banyak mengajar Aliff Aziz untuk menjadi lelaki lebih baik.

“Saya tak mahu meletakkan harapan 100 peratus. Sekarang, saya cuma ‘go with the flow’,” tambahnya. (rtky/m)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");