Panasnya Hari Ini
Like

Bersatu Nafi Terima Permohonan Keahlian Daripada Zuraida

January 21, 2020
192 Views
0 Comments
1 minute read
Bersatu Nafi Terima Permohonan Keahlian Daripada Zuraida

KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan berita yang tular mengenai surat permohonan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun menegaskan, berita yang disebarkan itu adalah palsu.

“Zuraida merupakan seorang menteri yang juga Naib Presiden PKR. Sekiranya ada permohonan untuk masuk Bersatu, sudah tentu ia dibincangkan terlebih dahulu menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang surat permohonan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Watikah kepada 1,046 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di Terengganu, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, tular di media sosial mengenai surat permohonan kemasukan keahlian Bersatu yang tertera nama Ahli Parlimen Ampang itu.

Selain itu, turut tersebar surat yang menyatakan kononnya Zuraida memohon kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Bersatu.

Namun, Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nor Hizwan Ahmad menafikan perkara tersebut.

Komen & Pendapat

Comments are closed.