Perak Hari Ini

Bil Tertunggak Punca Bekalan Elektrik MAPS Terputus

IPOH- Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) ditutup selama dua hari pada Disember lalu berpunca dari kegagalan membayar bil elektrik yang tertunggak oleh kerajaan terdahulu.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di mana katanya telah berlaku masalah pemotongan elektrik di teman tema tersebut setelah beliau merujuk sendiri kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pihak TNB turut meluahkan kebimbangan kerana MAPS mempunyai masalah tidak membuat pembayaran bil elektrik.

“Bil tersebut tidak bayar sejak sebelum diambil alih oleh kerajaan baru akan tetapi sejak berada di bawah pentadbiran baru, kita mendapati begitu ramai pengunjung telah datang ke MAPS dan kita telah mampu mengumpul dana untuk meneruskan atau menyelesaikan masalah pembayaran terlampau tinggi iaitu bil elektrik, bil air, emolumen, gaji pekerja dan sebagainya.

“Saya telah berbincang dengan pihak TNB, jadi bekalan elektrik telah disambung semula ke taman tema tersebut dan ianya akan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jualan Rumah Perakku Fasa 1 dan Majlis Pecah Tanah Bit Polis di Raia Perdana di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pihak lain untuk menyelesaikan segala kesulitan yang ada di sana tetapi ianya tidak boleh beliau umumkan buat masa ini.

“Bagi tunggakan pembayaran sebelum ini kita masih tidak mampu sama ada membayar hutang atau bayaran tertunggak kepada kontraktor dan sebagainya tetapi bagaimanapun, hutang dari pihak syarikat MAPS masih perlu dibayar.

“Jumlah bebanan hutang tunggakan yang ditanggung kira-kita RM4 juta di mana ianya belum mampu bayar tetapi pembayaran bil setiap bulan dibayar seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Disember yang lalu, laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik sebuah status yang mengatakan premis mereka ditutup sementara waktu bermula 16 Disember 2019 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kemudian.

Rata-rata pengunjung ternyata terkejut dan ramai membanjiri status tersebut untuk melepaskan rasa tidak berpuas hati mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");