Perak Hari Ini

Bomba Keluarkan 18 Notis Pada Premis Tak Patuh Arahan

IPOH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengeluarkan sebanyak 18 notis Borang A iaitu notis tidak patuh arahan sepanjang empat hari pemeriksaan yang melibatkan kesalahan dari segi sistem terhadap premis yang gagal mematuhi keselamatan kebakaran.

Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata pemeriksaan tersebut dijalankan bersempena dengan Tahun Baru Cina bermula pada 20 Januari hingga 30 Januari dan setakat ini sebanyak 145 buah premis telah dibuat pemeriksaan bagi negeri Perak.

“Secara keseluruhan, sempena Tahun Baru Cina kita telah mengenalpasti 215 premis untuk dilakukan pemeriksaan bagi tujuan memastikan premis ini berada dalam keadaan selamat dan secara tidak langsung memberikan manfaat kepada pelanggan supaya mereka mendapat keselesaan semasa membeli belah barangan persiapan perayaan.

“Sebanyak 18 notis borang A telah kita keluarkan tetapi kita akan memberi peluang dalam tempoh masa tertentu supaya penambahbaikan dapat dilakukan namun sekiranya gagal, tindakan untuk dibawa ke mahkamah akan kita ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa melakukan pemeriksaan sempena perayaan Tahun Baru Cina melalui Kempen Keselamatan Kebakaran (Permeriksaan Premis-Premis Membeli Belah) di Ipoh Prade di sini, hari ini.

Menurut Azmi Osman, sepanjang tahun lalu, sebanyak empat premis yang tidak mematuhi notis telah dihantar untuk tindakan pendakwaan di mana satu daripadanya dikenakan perintah tutup.

“Lapan lagi premis yang tidak mematuhi notis sedang dalam tindakan untuk pendakwaan.

“Bagi tahun ini, dua premis telahpun dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan tidak mematuhi notis menghapus bahaya kebakaran,” katanya.

Sementara itu kata Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Perak, Syed Azman Syed Ghazali, melalui pemeriksaan yang dilakukan pada hari ini, JBPM akan memastikan keselamatan pengunjung pusat membeli belah khususnya terhadap keselamatan jalan keluar dan sistem pepasangan keselamatan.

“Secara langsungnya, pusat perniagaan Ipoh Prade berada dalam keadaan yang baik dan selamat bagi pengunjung datang membeli belah.

“Laluan yang dikatakan selamat adalah pintu-pintu keluar utama tidak terhalang, tangga-tangga menuju jalan keluar juga tidak terhalang di mana tiada barang-barang seperti stok di kawasan tangga.

“Koridor-koridor juga akan dibuat pemeriksaan kerana kawasan koridor, tangga dan pintu telah direka bentuk untuk menahan api selama dua jam sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi Notis Penghapus Bahaya Kebakaran boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM100 bagi setiap hari yang kesalahan berterusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");