Perak Hari Ini

‘Bukan Di Kuala Kangsar’

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak menafikan dakwaan yang mengatakan berlaku aktiviti pembalakan di dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak di daerah Kuala Kangsar.

Dalam satu laporan dari sebuah portal berita menyebut bahawa telah tular di media sosial sekeping gambar yang menunjukkan sebahagian kawasan hutan yang didakwa Hutan Simpan Bintang Hijau telah dibersihkan.

Sebuah organisasi bukan kerajaan, telah mendakwa bahawa dipercayai hutan tersebut telah dibersihkan pada Jumaat.

Jabatan Perhutanan Perak walau bagaimanapun menyebut bahawa gambar yang tular tersebut bukan berada di Kuala Kangsar sebaliknya ia berada di Felda Lawin Selatan dekat Gerik.

“Pasukan semakan dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak telah bertemu dengan Pengurus Felda Lawin Selatan dan beliau mengesahkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan di Felda Lawin Selatan,” kata Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu katanya, hasil semakan awal oleh Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak, yang berpandukan imej Google Map & Sistem e-GP, mendapati kawasan tersebut berada di luar daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Untuk rekod, e-GP merupakan sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi memantau kawasan hutan simpanan kekal.

Turut dikongsikan kepada media gambar papan tanda maklumat projek berkenaan.

Difahamkan, projek yang dijalankan di Felda Lawin Selatan itu merupakan projek agrikultur bagi tanaman buah durian jenis musang king, dan black thorn atau duri hitam serta tanaman betik.

Diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, projek tersebut melibatkan tanah seluas 363.74 ekar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");