Berita Hari Ini

Bukan Rosmah Tadbir Negara, Kata Najib

Najib menepis soalan wartawan yang berpendapat beliau dimarahi oleh Rosmah, seperti yang terdengar dalam rakaman perbualan telefon mereka yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perbualan mereka yang dirakam pada 27 Julai 2016 antara lain menyentuh soal bekas ketua SPRM Abu Kassim Mohamed yang ketika akan berundur dari agensi anti rasuah.

“Itu bukan marah,” kata Najib kepada wartawan di perkarangan mahkamah.

“Perbualan antara saya dan isteri saya adalah sulit. Kita boleh bercakap secara peribadi dengan isteri, kan? Maksud saya, apa salahnya?

“Itu hak seorang rakyat. Kita boleh bincang apa saja, asalkan kita tidak boleh bocorkan (perkara sulit).

“Kami berbincang perkara sehari-hari ini dan lain-lain. Biasalah,” kata bekas perdana menteri, yang diiringi peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.

Ditanya oleh wartawan bahawa perbualan mereka suami isteri membincangkan urusan negara dan Rosmah didengar memberitahunya bagaimana beliau sepatutnya mentadbir, Najib berkata itu hanya pandangan isterinya.

“Sesiapa pun boleh beri pandangan. Tetapi saya yang buat keputusan,” katanya.

Najib juga berkata pihak peguamnya sedang meneliti apa yang didedahkan oleh SPRM hari ini.

“Mungkin ada yang berguna untuk kita dalam pembelaan (kes di mahkamah),” katanya.

Najib sedang dibicarakan atas 42 pertuduhan sementara Rosmah pula berdepan 20 pertuduhan melibatkan salah guna kuasa, rasuah, dan pengubahan wang haram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");