Panasnya Hari Ini

Bung Moktar: Sokongan Semua Kaum Pada BN Meningkat Di Kimanis

Pilihan raya kecil (PRK) Kimanis menyaksikan peningkatan sokongan daripada semua kaum untuk BN, kata Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin.

“Ya, (sokongan semua kaum telah bertambah). Sama ada daripada Cina, Kadazan, Dusun, Sungai, Murut, Bajau dan Brunei […]” katanya kepada media di Beaufort selepas BN secara rasminya memenangi PRK Kimanis, malam ini.

Beliau berkata kemenangan itu adalah hasil usaha semua parti pembangkang yang bekerja sebagai satu pasukan.

“Kami akan bekerjasama dengan parti tempatan (pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15,” katanya.

Beliau menambah bahawa Warisan tewas pada PRK itu kerana parti itu gagal membangunkan Sabah memetik MKini.

Selain itu, beliau berkata kekalahan Warisan menunjukkan bahawa rakyat membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dilancarkan pada bulan Jun.

“PSS perlu dibatalkan secepat mungkin,” kata Bung.

Isu PSS merupakan antara bahan kempen utama BN dalam PRK Kimanis. Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan terus berjuang untuk rakyat di Sabah dan akan terus menolak PSS.

Beliau mengulangi bahawa BN akan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika ia berjaya mendapatkan semula kerajaan pusat dan kerajaan neger.

Justeru, kata Zahid, BN Sabah akan memperkenalkan manifesto baru.

PRK Kimanis menyaksikan calon BN, Mohamad Alamin mengalahkan lawannya Karim Bujang dari Warisan dengan majoriti 2,029 undi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");