Berita Hari Ini

China Luaskan Larangan Perjalanan

WUHAN : China hari ini meluaskan larangan perjalanan bagi mengekang penularan wabak maut yang disifatkan Presiden Xi Jinping sebagai ancaman berbahaya, susulan 56 kematian, termasuk satu di Shanghai.

Kerajaan sebelum ini menutup wilayah paling teruk terjejas, Hubei dan melaksanakan perintah kuarantin ke atas jutaan penduduk bagi memastikan wabak berkenaan tidak merebak, selepas meragut 56 nyawa dan menjangkiti hampir 2,000 yang lain.

Virus terbabit turut tersebar ke seluruh dunia, termasuk di benua lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Australia.

Di Wuhan, satu arahan baharu dikeluarkan, yang melarang kereta daripada memasuki jalan raya di bandar metropolis dengan kepadatan 11 juta penduduk itu.

Ia menyebabkan jalan raya yang dahulunya sesak menjadi sunyi sepi pagi ini, dengan petugas hotel memberitahu, mereka terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja.

Pihak berkuasa turut mengehadkan perjalanan ke bahagian lain negara itu.

Bandar jiran, Tianjin di bahagian utara yang memiliki populasi 15 juta penduduk turut mengumumkan akan mengambil pendekatan sama bermula esok.

Kumpulan pelancong luar negara akan digantung sementara, juga bermula esok manakala lawatan oleh pelancong tempatan sudah mula dihentikan sejak Jumaat lalu.

Jumlah kematian di seluruh negara meningkat kepada 56, selepas 15 kematian lagi dicatatkan, sebahagian besarnya di Hubei.

Dalam perkembangan terbaharu yang semakin membimbangkan, Shanghai melaporkan kematian pertama hari ini, membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");