Berita Hari Ini

China Uji Ubat HIV Untuk Rawat Simptom Koronavirus

CHICAGO: China menguji ubat HIV bagi merawat simptom koronavirus baru yang menular dengan cepat, kata pengeluar ubat AbbVie pada Ahad.

Pihak berkuasa China memesan ubat tersebut bagi membantu usaha kerajaan menangani krisis yang dihadapi, menurut Adelle Infante, jurucakap North Chicago, syarikat AbbVie yang berpangkalan di Illinois.

Aluvia, yang juga dikenali sebagai Kaletra, adalah kombinasi antara lopinavir dan ritonavir.

Dalam satu panduan yang dikeluarkan pada Khamis, kerajaan berkata, tidak ada ubat anti-virus yang berkesan, tetapi mencadangkan pil lopinavir/ritonavir serta menyedut satu dos alpha interferon bernabula 2 kali sehari.

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk menghalang berlakunya wabak selepas lebih 2,000 orang djangkiti di China dan 56 maut selepas dijangkiti virus tersebut. -Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");