Berita Hari Ini
Like

Coronavirus Baru: Kementerian Kesihatan Akan Senaraikan Berita Palsu

January 27, 2020
422 Views
0 Comments
1 minute read
Coronavirus Baru: Kementerian Kesihatan Akan Senaraikan Berita Palsu

SEPANG: Kementerian Kesihatan akan menyenaraikan berita palsu yang tular di media sosial berhubung kes coronavirus baru (2019-nCoV).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ini penting bagi memastikan rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan.

“Saya minta rakyat supaya bersandarkan kepada maklumat (yang sahih). Antaranya daripada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di sini, hari ini, lapor BH Online.

Katanya, penularan berita palsu menjadi cabaran yang perlu ditangani pihaknya, dalam usaha mengendalikan penularan wabak 2019-nCoV di negara ini.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan terkini berhubung wabak berkenaan setiap hari.

Komen & Pendapat

Comments are closed.