Perak Hari Ini

Daerah Kinta ‘Hotspot’ Wabak Denggi

IPOH- Daerah Kinta dilaporakan menjadi kawasan hotspot bagi kes wabak penyakit bawaan nyamuk iaitu denggi dengan laporan kumulatif kes sebanyak 28 kes bermula dari penghujung tahun lalu.

Menurut laporan, dua kawasan yang menjadi hotspot adalah Kampung Rapat Jaya Tambahan dan RPA 2, Ulu Kinta tetapi kes denggi yang bagi kawasan masih dilaporkan dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan jumlah ni mencatatkan penurunan kes tetapi peningkatan peratus berbanding pada tahun 2018.

“Bagi daerah Manjung, terdapat sedikit kes berkaitan yang direkodkan di mana di kawasan bandar menunjukkan kes yang dilaporkan rendah tetapi bagi kawasan kampung dan felda iaitu kawasan Muallim, Batang Padang telah meningkat secara luar biasa bukan pada bilangan kes tetapi peningkatan peratus.

“Tindakan drastik telah diambil terutamanya di daerah Muallim dan Batang Padang yang merupakan kawasan hotspot,” katanya dalam satu seding media selepas merasmikan Program Pencegahan Kawasan Penyakit Berjangkit Untuk Taska dan Tadika di Dearah Kinta, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Menurut Sivanesan, jumlah peningkatan peratus bagi kedua-dua kawasan Muallim dan Batang Padang mencatatkan peningkatan peratus yang tinggi iaitu di Muallim sebanyak 342.1 peratus serta Batang Padang sebanyak 189.4 peratus iaitu dari 2018 sehingga penghujung 2019.

Menurut laporan, sehingga 22 Dis 2019, jumlah kumulatif kes Denggi adalah 3226 kes iaitu meningkat sebanyak 17.9% iaitu 490 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2018 iaitu 2736 kes.

Dalam pada itu, terdapat empat kes kematian denggi yang dilaporkan, berbanding lima kes kematian untuk tempoh yang sama pada tahun 2018.

Katanya, tren bagi penyakit ini telah berubah dari bandar, separuh bandar dan luar bandar kerana terdapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak bertanggungjawab untuk mengutip sisa di kawasan kampung dan sekitar.

“Masalah yang berlaku bukan sahaja masalah di negeri ini sahaja tetapi di seluruh negara di mana kawasan kampung tidak mempunyai kawasan pembuangan sampah yang betul.

“Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk membendung wabak ini dari berlarutan malahan maklumbalas dan kerjasama dari orang ramai sangat diperlukan,” katanya.

Sementara itu menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kawasan hotspot bagi wabak chikungunya pula adalah di daerah Larut Matang dan Selama dengan catatan sebanyak 41 kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");