Berita Hari Ini

Dong Jiao Zong Tak Hadir Dialog Isu Jawi Dengan Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mengadakan mesyuarat dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan kontroversi mengenai pengenalan pelajaran Jawi di sekolah vernakular.

Bagaimanapun, dua penentang utama pelajaran Jawi itu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) tidak hadir pertemuan tersebut.

Kedua-dua Dong Zong dan Jiao Zong merupakan pertubuhan pendidikan sekolah Cina yang paling tinggi dalam masyarakat itu dan secara bersama, gabungan dua pertubuhan ini dikenali sebagai Dong Jiao Zong.

Ketika dihubungi, Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim memberitahu Malaysiakini bahawa Dong Zong hanya menerima undangan Waythamoorthy untuk menghadiri mesyuarat melalui e-mel pada 8.30 pagi tadi.

Beliau mengambil maklum bahawa Dong Zong sebelum ini telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat oleh Penyelaras Jawatankuasa Pengajaran Khas Jawi Kuala Lumpur dan Selangor (JTSC) Eddie Heng dan Dong Zong tidak memberikan jawapan jelas jika wakilnya akan menghadiri mesyuarat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng berkata Eddie tidak pernah menghubunginya, dan beliau tidak pasti jika penyelaras JTSC itu menjemput Dong Zong bagi pihak menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata Dong Zong sedang mengatur untuk mengadakan dialog mengenai isu itu dan akan menghantar undangan kepada parti pemerintah.

Mesyuarat bersama menteri perpaduan itu berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga kira-kira jam 3.15 petang tadi. Menurut Waythamoorthy, 45 wakil daripada 32 pertubuhan menghadiri mesyuarat itu.

“Hari ni 32 NGO termasuk NGO dari Sabah dan Sarawak yang merangkumi 45 wakil telah hadir berjumpa saya

“Perbincangan hasil daripada jemputan saya cuma beberapa hari saja yang lalu.

“Ia makluman tergesa-gesa dengan notis pendek yang diberikan, maka saya berterima kasih kepada semua 32 NGO yang sanggup hadir dalam masa yang singkat ini,” jelas beliau.

Antara peserta yang menentang pengenalan pelajaran Jawi di sekolah-sekolah vernakular termasuk Eddie Heng, yang mewakili Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC), dan Seni Khat Action Team (Sekat) Arun Doraisamy.

Penyokong pelajaran baru di sekolah vernakular yang menyertai mesyuarat tersebut termasuklah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pengerusi Semangat Gelombang Rakyat Malaysia, Ellie Suriati Omar.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Waythamoorty berkata mesyuarat tersebut pada mulanya dirancang menjadi pertemuan tertutup lapor MKini.

Bagaimanapun, katanya memandangkan wartawan telah berkumpul maka sidang akhbar diadakan untuk menerangkan keadaan tetapi peserta tidak akan menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan.

“Semasa perbincangan hari ini diaturkan (mesyuarat ini menjadi sesi) perbincangan tertutup tak harus melibatkan media.

“Semasa perbincangan sedang berlangsung tadi saya dapat berita bahawa ramai wakil media tunggu di luar jadi dengan persetujuan semua peserta NGO-NGO hadir maka saya telah setuju media membuat liputan majlis ini,” katanya.

Seterusnya, Profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia Awang Sariyan membacakan lima hasil mesyuarat itu, iaitu:

“Pertama, perbincangan kita pada hari ini amat positif dalam mendalami isu tulisan Jawi.

“Kedua, mesyuarat hari ini bersetuju untuk mengadakan sesi-sesi dialog dengan semua pihak yang berkepentingan.

“Ketiga perpaduan adalah misi utama kita dalam semua pelaksanaan dasar kerajaan.

“Keempat semua pihak diminta menghentikan provokasi dalam isu Jawi ini.

“Kelima, semua dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan mestilah menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");