Berita Hari Ini

‘Dr Maszlee Korban Peralihan Kuasa Untuk Bawa Masuk Seseorang’

Kurang 24 jam, Dr Maszlee Malik meletakkan jawatannya sebagai menteri pendidikan, bertali arus spekulasi khususnya dari Umno yang mendakwa peletakan jawatan itu adalah sebagai ‘muslihat’ untuk membawa masuk seseorang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi membuat spekulasi tindakan berkenaan ada kaitan dengan peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini lapor MKini.

“Justeru Maszlee dikorbankan untuk membawa masuk seseorang. Ia adalah game plan peralihan kuasa. Pastinya dia bukan Anwar Ibrahim,” kata bekas menteri Umno itu melalui satu hantaran di Facebook.

Dr Puad juga menolak bahawa Maszlee dipecat kerana prestasi buruk.

“Kalau alasan prestasi sudah tentu beberapa lagi Menteri PPBM kena letak jawatan kerana kajian Malaysiakini mendedahkannya.

“Antaranya, Syed Sadiq (Ketua Armada), Rina Harun (Ketua Serikandi), RedzuanYusof (Pengerusi Bersatu Melaka), Muhyiddin Yassin (Presiden) bahkan Mahathir sendiri,” katanya,

Menurutnya, semua pemimpin yang disebutkan mempunyai jawatan dalam parti sedangkan bekas menteri pelajaran itu tidak berjawatan tinggi dalam Bersatu.

Semalam, Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya dengan berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Dr Mahathir, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

Selain Dr Puad, turut membuat spekulasi yang hampir sama adalah Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa yang mendakwa ahli parlimen Simpang Renggam itu menjadi mangsa percaturan walaupun walaupun prestasinya bukan yang terburuk di kalangan anggota kabinet.

Ahli politik veteran itu juga mendakwa bahawa menteri pendidikan seterusnya adalah seseorang yang paling berpengaruh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");