Berita Hari Ini
Like

e-Tunai Rakyat: Pengguna Manfaatkan RM30 Beli Barang Rumah, Makanan

January 23, 2020
386 Views
0 Comments
1 minute read
e-Tunai Rakyat: Pengguna Manfaatkan RM30 Beli Barang Rumah, Makanan

PUTRAJAYA: Kebanyakan pengguna memanfaatkan insentif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 untuk membeli barang dapur, membuat pembayaran telekomunikasi, pengangkutan dan makanan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, sebanyak RM105 juta telah dibelanjakan sejak dilancarkan 15 Januari lalu yang merupakan hampir 25 peratus daripada RM450 juta diperuntukkan untuk inisiatif itu dalam Belanjawan 2020.

“Sehingga hari ini, sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan,” katanya kepada media selepas lawatan ke IOI City Mall bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat, di sini, pada Rabu, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Program e-Tunai Rakyat diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet dengan pemberian RM30 yang boleh ditebus melalui satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go.

Ditanya sama ada inisiatif e-Tunai Rakyat akan menjadi platform bagi pembayaran subsidi di masa hadapan, Guan Eng berkata: “Sebelum itu, adalah penting untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi sebahagian program pembayaran digital ini, kini (ia) kurang daripada lapan juta.”

Komen & Pendapat

Comments are closed.