Membawang Hari Ini

Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah

Mula berhijab pada 2015, pelakon Faezah Elai mempunyai caranya tersendiri mengenai cara berfesyen dan menutup aurat. Sering menggayakan tudung labuh, ramai yang memuji caranya menutup aurat selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Faezah berpendapat tidak perlu mengenakan jenama mewah untuk kelihatan bergaya, apa yang penting adalah keselesaan, yakin serta menutup aurat.

Ujarnya lagi, dia tidak menilai seseorang daripada cara berpakaian kerana ianya tidak melambangkan agama. Tambahnya lagi, keindahan Islam seseorang itu terletak pada amalannya.

“Saya bukan bermaksud seseorang itu kena bertudung labuh atau pakai jubah, pakai seluar atau skirt sebab saya bukan menilai daripada apa yang mereka pakai.

“Islamnya seseorang itu terletak pada Rukun Islamnya, bukan baju dia. Kalau semua tutup aurat sekalipun hingga nampak mata saja, tapi rukun Islam pun tak pernah buat, yang tu bukan Islam,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faezah turut memberi nasihat kepada peminatnya untuk terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna dan mematuhi syariah.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya. Malah ada diantara peminat menjadikan Faezah sebagai inspirasi untuk melabuhkan tudung dan menutup dada secara perlahan-lahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");