Perak Hari Ini

Forensik Sahkan Kematian Kadet Soosaimanicckam Akibat Paru-Paru Berair

IPOH- Mahkamah Koroner Ipoh hari ini diberitahu pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J. Soosaimanicckam, yang meninggal dunia semasa menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei 2018 lalu disebabkan paru-paru berair atau ‘pulmonary edema’.

Ketua Unit Forensik Hospital Seri Manjung, Dr S.Saravanan berkata , hasil bedah siasat yang dijalankannya terhadap mayat Soosaimanicckam mendapati mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan individu bertanggungjawab menjalankan bedah siasat ke atas Soosaimanicckam tidak dapat menjelaskan punca sebenar paru-paru berair pada mangsa.

“Saya tidak boleh sahkan berapa lama dia (Soosaimanicckam) ada simptom jangkitan dan saya diberitahu secara lisan oleh pegawai TLDM bahawa dia normal sebelum itu dan menyertai aktiviti pagi bersama-rakan-rakan,” katanya semasa disoal peguam bela keluarga Soosaimanicckam, Mahajoth Singh, hari ini.

Sementara itu merujuk soalan Mahajoth mengapa bedah siasat hanya dijalankan sehari selepas kematian, Dr Saravanan menjelaskan beliau perlu menunggu borang Permintaan Pemeriksaan Mayat (subs: police order) oleh polis terlebih dahulu.

“Kalau waris nak minta bedah siasat dijalankan ke atas mayat, mereka kena buat permohonan dengan pihak polis dan begitu juga kalau hendak disegerakan,” katanya sambil menambah beliau hanya menerima borang tersebut pada 20 Mei.

Katanya, sejarah kesihatan mangsa juga tidak menunjukkan sebarang kelainan melainkan mangsa direkrut di mana ianya sesuai dengan program peribadi mangsa dan tidak mengesyaki sebarang unsur lain.

Tambah Dr. Saravanan di hadapan Koroner Azman Abu Hassan, berdasarkan ujian toksikologi, beliau tidak mengesan kehadiran alkohol atau penyalahgunaan dadah, sebaliknya hanya ‘substance’ ubat tahan sakit.

Portal berita tempatan pada 20 Mei 2018 melaporkan, menurut Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman, siasatan forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair dan tiada sebarang unsur jenayah atau serangan fizikal.

Soosaimanicckam disahkan meninggal dunia pada 1.45 petang, 19 Mei lalu di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");