Berita Hari Ini

Gerai Baru Buka Habis Dirempuh Pemabuk, Anak Gigil Trauma Hampir Dilanggar

Hampir saban bulan rakyat Malaysia disajikan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa.

Terbaru seorang peniaga, Hazwan mengalami kerugian apabila gerai burger miliknya didakwa telah dirempuh oleh seorang pemandu mabuk di Bercham, Ipoh petang semalam.

Lebih mengecewakan apabila dia dikatakan baru sahaja ingin memulakan perniagaan sebelum gerainya hancur dirempuh pemandu terbabit.

Hancur kerana seorang pemabuk

“Nasib Wan dengan anak tak apa2. Syukur alhamdulillah Allah memberi kami keselamatan, ini dugaan mencari rezeki bukan goyang kaki tau,” tulisnya di laman Facebook.

Jarak pun betul2 dekat

Menerusi sekeping gambar, kelihatan anaknya menangis teresak-esak setelah didukung yang mungkin mengakibatkan trauma melihat kejadian berkenaan berlaku di depan mata.

Kesiannya Ya Allah

Nasib anak selamat

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dan kesal dengan kejadian itu selain berharap supaya kerajaan dapat mengambil tindakan segera terhadap pemabuk.

Silap2 kita yang kena saman

Menyusahkan orang lain

Perlu tindakan tegas

Sumber : Hazwan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");