Berita Hari Ini

Gesa Menteri Pendidikan Baharu Teruskan Martabat Tulisan Jawi

SHAH ALAM – Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mahu bakal Menteri Pendidikan yang baharu meneruskan kesinambungan usaha dilakukan Dr Maszlee Malik termasuk pembelajaran tulisan jawi.

Bercakap kepada Sinar Harian, Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik berkata, pengganti Maszlee perlu mempunyai kriteria iaitu berkebolehan tinggi dalam bidang pendidikan di Malaysia serta tidak mudah tunduk kepada tekanan.

“Bagi KGMMB, kelangsungan utama adalah kita mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah dan mahu tulisan jawi diteruskan.

“Jangan kita tunduk kepada tekanan yang tidak munasabah. Inisiatif yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Maszlee perlu diteruskan supaya kita mahu lihat kualiti pendidikan sekolah kita berlaku dengan betul dan kualiti pendidikan pelajar kita terjaga,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang, Kedah berkata, sistem pendidikan di negara ini perlu disesuaikan dengan kehendak pasaran semasa iaitu Revolusi Industri 4.0.

“Sehingga sekarang, apa yang dibuat oleh Maszlee adalah pada jalan yang tepat dan perlu diteruskan.

“Kalau ada penambahan pun perlu dibuat supaya menjadi lebih baik lagi. Jangan yang baik itu kita batalkan,” katanya.

Ditanya individu layak untuk menjadi Menteri Pendidikan, beliau enggan mengulas dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan membuat keputusan.

Kelmarin, Maszlee dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya mengumumkan menyerahkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");