Perak Hari Ini

Golongan Lelaki Juga Perlu Jalani Saringan Awal Kanser

BATU GAJAH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan golongan lelaki di negara ini untuk menjalani saringan awal penyakit kanser ekoran kurangnya kesedaran awal terhadap penyakit ini berbanding golongan wanita.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bagi golongan lelaki, saringan awal penyakit kanser boleh dilakukan dengan membuat saringan awal pemeriksaan najis serta kelenjar prostat jika perlu.

“Penyakit kanser utama yang menyerang golongan lelaki adalah kenser kolorektal, paru-paru dan kelenjar prostat.

“Anggaran yang menghidap penyakit kanser adalah lebih kurang satu dalam 1,000 rakyat Malaysia yang mana jumlahnya agak tinggi tetapi perkara yang penting adalah mereka akan datang mendapatkan rawatan tetapi apabila kanser tersebut berada dalam keadaan yang agak lewat, ianya sukar dirawat.

“KKM juga perlu pertingkatkan kefahaman kepada masyarakat yang mana kita tahu ramai yang takut kepada penyakit kanser di mana menurut laporan, kesedaran awal terhadap penyakit kanser begitu kurang dalam kalangan penduduk Malaysia tetapi penyakit ini sebenarnya boleh dirawati,” katanya dalam satu sidang media semasa menghadiri Kempen Kesihatan dan Derma Darah di Pusat Khidmat Parlimen Batu Gajah, hari ini.

Selain itu kata Lee, bagi golongan wanita pula, antara penyakit kanser yang sering menyerang mereka adalah kanser payu dara, kolorektal dan servik.

“Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diberikan adalah untuk mengatasi penyakit kanser servik di mana sebagai saringan awal untuk mengenalpasti kenser berkenaan dan pihak KKM membekalkan mammogram, pap smear serta pemeriksaan terhadap najis sama ada berdarah atau tidak kepada wanita.

“Sebagai contoh, pada peringkat pertama kanser payu dara, 95 peratus boleh pulih dengan rawatan, begitu juga kenser servik di mana ianya boleh dirawat hampir 100 peratus tetapi jika pesakit berada di peringkat ke empat, maka ianya akan lebih sukar.

“KKM juga memberikan vaksin yang boleh mengatasi masalah kanser iaitu vaksin hepatitis B di mana telah diberi sejak lahir meliputi 100 peratus anak-anak dengah harapan 20 tahun akan datang kanser hati dan sirosis akan berkurangan, katanya.

Sementara itu katanya, KKM juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit kanser di Malaysia meningkat di mana laporan dari tahun 2012 hingga 2016 melibatkan purata jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin meningkat.

“Terdapat beberapa aspek yang perlu dilakukan bagi pencegahan kanser iaitu dengan berhenti merokok dan minum arak di mana arak akan menyumbang kepada kanser hati

“Selain itu degan mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman, makan makanan yang sihat serta kurangkan berat badan kerana obesiti dapat mengundang kepada risiko utama berkaitan dengan gaya hidup kerana telah menyumbang 30 hingga 40 peratus bagi penyakit kanser,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");