Sukan Hari Ini
Like

Hafizh Kena Usaha Sendiri

January 8, 2020
235 Views
0 Comments
1 minute read
Hafizh Kena Usaha Sendiri

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) sudah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membantu Hafizh Syahrin Abdullah beraksi bersama pasukan Aspar di saingan Moto2 musim ini.

Justeru jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, Hafizh kini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan baki tajaan yang lain termasuk gajinya.

“Sebenarnya kami sudah memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk meletakkan Hafizh beraksi bersama Aspar.

“Kos itu tidak termasuk perkara lain seperti gajinya.

Memang pasukan ada meminta jumlah yang lebih bagi membayar gaji Hafizh tetapi kami tidak dapat memberi peruntukan yang lebih untuknya,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Razlan percaya Hafizh mampu untuk mendapatkan tajaan sekiranya kos untuknya berlumba sepanjang musim ini masih tidak mencukupi.

“Saya tidak fikir tiada langsung penaja yang tampil untuk membantunya.

Dia pastinya mendapat tajaan sampingan seperti topi keledar, sut perlumbaan serta alat ganti motosikal.

“Tajaan ini semua dijangka mampu membantu Hafizh sepanjang musim ini. Tapi jika masih tidak cukup, maka Hafizh perlu mencari dana itu sendiri,” katanya.

Jelas Razlan, pihaknya selama ini sudah membantu Hafizh semaksimum mungkin bergantung kepada bajet SIC.

“Inilah masanya untuk Hafizh berdikari sendiri untuk mencari dana. Bagi saya perkara sama juga perlu diikuti oleh atlet negara yang lain,” katanya.

Pelumba berusia 25 tahun itu yang beraksi selama dua musim di MotoGP menerusi laporan Arena Metro sebelum ini mengakui masih belum memperoleh penaja utama untuk bersaing pada musim ini.

Musim baru bagi saingan MotoGP tahun ini akan bermula 8 Mac depan di Qatar.

Komen & Pendapat

Comments are closed.