Panasnya Hari Ini
Like

Hal Zuraida, Itu Urusan Lembaga Disiplin – Anwar

January 23, 2020
343 Views
0 Comments
1 minute read
Hal Zuraida, Itu Urusan Lembaga Disiplin – Anwar

KUALA NERUS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pimpinan parti itu tidak harus mencampuri urusan berkenaan.

“Ini urusan Lembaga Disiplin. Jadi kita tidak boleh paksa Lembaga Disiplin buat apa-apa keputusan. Saya tidak tahu apa lagi mereka tunggu, jawapan Zuraida.

“Saya pasti dia akan bagi keputusan yang baik dan pelantikan Lembaga Disiplin pun dibuat oleh pimpinan dan Datuk Ahmad Kassim menerangkan dia (Zuraida) telah menulis tetapi tidak diterangkan secara terperinci pada pimpinan kerana bukan pimpinan, proses itu dalam Lembaga Disiplin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu sebahagian pimpinan PKR menggesa tindakan disiplin terhadap Zuraida dihentikan serta-merta, sambil menyifatkan desakan itu sebagai satu gerakan ‘mala fide’ (berniat jahat).

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 46 pimpinan PKR termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), itu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka mengutarakan rasa kesal kerana masih terdapat usaha terancang bagi menggagalkan muafakat dan persefahaman yang sudah dicapai setakat ini.

Jelas kenyataan yang diwakili Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali itu, desakan terhadap Ahli Parlimen Ampang tersebut lebih menjurus kepada rasa cemburu terhadap kejayaannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memetik Astro Awani.
Komen & Pendapat

Comments are closed.