Perak Hari Ini

Hanya RM2 Di Mr Musashi Silibin

IPOH: Syarikat rangkaian yang menjual barangan pakaian terpakai atau ‘bundle’, Mr Musashi kini membuka gedung ketiga mereka yang menawarkan harga serendah RM2.

Salah seorang pengusaha merangkap Ketua Pengurus Cawangan Mr Musashi, Taufiq Zainal berkata ‘Kedai Jimat RM2 By Mr Musashi‘ itu merupakan gedung pertama di Bandaraya Ipoh selepas kejayaan pembukaan dua buah cawangan di Kamunting dan Kuala Kangsar.

“Pakaian-pakaian yang dijual di Kedai Jimat RM2 ini semuanya dari cawangan-cawangan Mr Musashi yang mana kita kumpulkan selepas sebulan ditempatkan di premis cawangan.

“Kualiti barangan yang dijual masih baik. Semua barangan yang berharga daripada RM5 sehingga RM60 di cawangan, kita kumpulkan dan kita jual dengan harga RM2 di sini.

“Jenis barangan melibatkan semua jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak termasuk barangan rumah,” katanya ketika ditemui PerakToday, dekat sini, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kesemua pakaian terpakai yang dijual adalah sekitar 80 peratusnya dari negara Jepun manakala 20 peratus barangan yang diimport dari Amerika Syarikat.

 

Menurutnya pembukaan gedung Kedai Jimat RM2 yang baharu itu ekoran sambutan pelanggan yang sangat menggalakkan selama ini terhadap dua cawangan Kedai Jimat RM2 sebelum ini.

Katanya selain peminat pakaian terpakai, para pelanggan Mr Musashi turut terdiri daripada kalangan peniaga-peniaga kecil yang mahu mendapatkan stok pakaian untuk dijual.

“InsyaAllah jika sambutan baik ini berterusan, kita akan membuka gedung keempat Kedai Jimat RM2 ini,” tambahnya.

Sehingga kini, Mr Musashi mempunyai empat premis cawangan di Ipoh, tiga di Taiping manakala masing-masing satu di Kuala Kangsar dan Putrajaya.

“Pada tahun ini kita sedang merancang untuk menambah lagi cawangan di Air Hitam, Johor dan di Hulu Langat, Selangor.

“Ketika ini kita sedang giat mencari lokasi yang sesuai untuk membuka cawangan-cawangan baru. Insyallah pada bulan hadapan premis akan siap dibuka,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Mr Musashi orang ramai boleh melayari laman media sosial Facebook (https://www.facebook.com/mrmusashiofficial/) dan Instagram rasmi (https://www.instagram.com/mrmusashi_)

Terletak di Jalan Silibin di sini, ‘Kedai Jimat RM2 By Mr Musashi’ dibuka setiap hari dan beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");