Perak Hari Ini

‘Ia Signal Kepada Kerajaan PH’

MB Perak, Peja, Faizal Azumu

IPOH: Kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam disifatkan sebagai salah satu singal atau petanda kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak menolak kemungkinan beberapa isu tempatan yang dibangkitkan telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi parlimen tersebut

Walau bagaimanapun katanya keputusan di PRK Kimanis itu harus diterima dengan positif semua pihak selain mengenal pasti dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan parti.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Besar Perak menyeru agar hubungan antara parti-parti komponen dalam PH perlu diperkukuhkan lagi.

Untuk rekod, PH adalah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

“Isu-isu yang dekat di hati masyarakat Bumiputera seperti di Kimanis perlu diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan.

“Saya juga berharap kita tidak mempolemikkan lagi perkara-perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada usaha untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap PH,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pemberita pada Program Lestari Pendidikan 2020 anjuran Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, di sini, hari ini.

Dilaporkan semalam, calon BN, Datuk Mohamad Alamin yang mendapat 12,706 undi menang dengan majoriti 2,029 menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi.

Pengerusi PH Nasional yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam responsnya dilaporkan berkata akan mengadakan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan masa kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");