Berita Hari Ini

Inisiatif Baharu Bakal Diperkenal Jaga Kebajikan Nelayan

PORT DICKSON – Kerajaan bakal memperkenalkan inisiatif baharu dengan mendaftarkan nelayan di negara ini di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membela kebajikan golongan itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata bagaimanapun, perkara itu sedang diperincikan sebelum dapat dilaksanakan.

“Kita sedang buat perincian dan maklumat lanjut serta pelaksanaannya akan diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub…yang pasti ini bakal jadi berita baik buat nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Interaksi Pemimpin Bersama Masyarakat Nelayan dan Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sembilan di sini, hari ini, lapor Bernama.

Hadir sama, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut merasmikan projek menaik taraf kemudahan infrastruktur Pangkalan Nelayan Kampung Telok di Teluk Kemang dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Dalam pada itu, Sim berkata bagi meningkatkan pendapatan golongan nelayan, mereka disaran untuk menjana pendapatan bukan sahaja di laut tetapi juga di daratan.

“Kita mahu nelayan terus maju ke depan dan tidak lagi terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan hanya bergantung kepada subsidi daripada kerajaan, tetapi kalau mahu berjaya nelayan kena juga jana pendapatan dari darat sebagai contoh menghasilkan produk daripada hasil laut atau akuakultur.

“Saya mohon LKIM dan Persatuan Nelayan Kawasan bangunkan projek-projek hiliran ini termasuk ternakan udang kara yang ketika ini mempunyai potensi besar di pasaran,” katanya.

Mengenai Pangkalan Nelayan Kampung Telok, Sim berkata pihaknya telah menerima aduan daripada nelayan mengenai keadaan pangkalan itu yang telah uzur.

“Meskipun peruntukan ini tidaklah begitu besar tetapi ia memberi makna yang besar kepada nelayan, kita tetap perjuangkan nasib mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");