Categories: Perak Hari Ini

Inisiatif Dana Kreatif Perak @ Port Harus Dipuji

IPOH: Inisiatif Kerajaan Perak menerusi Dana Kreatif Perak @ Port (Koloni Karyawan Amanjaya) seharusnya dicontohi dalam usaha membangunkan industri seni tanah air.

Seorang pelukis terkenal tanah air, Abdullah Jones menyifatkan perkara tersebut adalah sesuatu yang boleh dibanggakan selain melihat ia sebagai satu pengiktirafan kepada usaha para penggiat seni di Perak

Menerusi satu ulasannya yang diterbitkan di portal Malaysiakini, Abdullah berkata kesungguhan Kerajaan Perak dalam menyemarakkan lagi kegiatan-kegiatan seni menerusi sokongan tersebut harus dipuji.

Malah katanya inisiatif dana kreatif itu seharusnya dicemburui oleh semua persatuan yang berasaskan seni di seluruh negara.

“Selain Balai Seni Negara dan Cendana (Agensi Kemajuan Ekonomi Kesenian), tidak ada badan khas yang mahu benar-benar berkongsi dana untuk diberikan kepada penggiat seni agar mereka terus menghasilkan karya.

“Port telah melakukan sesuatu yang membanggakan apabila mereka mengiktiraf penat lelah penggiat seni Perak.

“Setakat ini, selain Port di Ipoh, hanya Rumah Seni Selangor (Russel) di Selangor dan Serambi Karya di Kuala Lumpur yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri masing-masing.

“Di tempat-tepat lain, tidak ada langsung pusat seni setempat yang diberikan peruntukan khas oleh negeri-negeri berkenaan,” ujarnya.

Baru-baru ini Port telah menyalurkan sejumlah Dana Kreatif Perak @ Port kepada 25 penggiat seni tempatan dalam satu acara yang disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Perak, Tan Kar Hing, yang mewakili Menteri Besar.

Difahamkan Port telah menerima sebanyak 78 permohonan sebelum ianya disaring menerusi penilaian yang dilakukan oleh dua tokoh industri kreatif iaitu Bayu Utomo Radjikin dan Amir Muhammad serta dua panel penilai dari Port, iaitu Nur Hanim Mohamed Khairuddin serta Syed Zarul Hisham Syed Khairuddin.

Pada November lalu, Menteri Besar Perak, yang juga Ahli Lembaga Pengarah PORT Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah menyuntik dana permulaan sebanyak RM100,00 kepada inisiatif tersebut selain tidak menolak kemungkinan jumlah tersebut bakal meningkat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Abdullah berkata semua negeri seharusnya dapat menyediakan sebuah tempat untuk anak-anak seni tempatan berkarya dan mendapatkan sumber untuk terus memperkembangkan kegiatan seni di negara ini.

“Satu hal yang harus ditekankan ialah, semua pusat kegiatan setempat yang telah berjaya ini – iaitu Port, Russel dan Serambi Karya – diterajui oleh orang yang benar-benar mencintai apa yang mereka laku. Dan tentu saja mereka adalah daripada golongan orang muda.

“Ini penting kerana hanya dengan kecintaan dan semangat yang kuat dapat menjadikan apa juga pekerjaan itu dilakukan dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Komen & Pendapat
Leave a Comment
Share

Recent Posts

Lelaki dikompaun kerana benarkan tetamu ziarah raya

'Kesian tetamu dah sampai di depan rumah, takkanlah tak bagi mereka masuk'. Itu antara alasan…

10 hours ago

SOP taska: Bukan pengasingan anak-anak petugas barisan depan – KKM

Tidak timbul isu pengasingan atau diskriminasi terhadap anak-anak petugas barisan hadapan terutamanya warga kerja Kementerian…

11 hours ago

Lepak Ramai-Ramai Di Pantai, Tidak Ikut SOP

DUNGUN - Rondaan keselamatan anggota polis sepanjang sambutan Hari Raya pertama di kawasan pantai Teluk…

14 hours ago

Sampai Bila Kita Perlu Dadapi Isu Pemandu Mabuk? – MCCF

KUALA LUMPUR – Sampai bila kita akan terus dihidangkan dengan insiden-insiden pemandu mabuk memandu dalam…

15 hours ago

PKR Sabah Gesa Bekas Ketua Wanita Tinggalkan Parti Dengan Cara Terhormat

KOTA KINABALU: PKR Sabah hari ini memberi amaran kepada bekas ketua wanitanya, Rahimah Majid yang…

16 hours ago

Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Akan Ditemui – Saintis AS

WASHINGTON: Seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS…

17 hours ago