Sukan Hari Ini
Like

Inter Terus ‘Tekan’ Juventus

January 7, 2020
245 Views
0 Comments
1 minute read
Inter Terus ‘Tekan’ Juventus

ROMELU Lukaku meledak dua gol ketika Inter Milan terus mengungguli tangga teratas Serie A awal pagi tadi dengan kemenangan 3-1 ke atas Napoli untuk memberi tekanan ke atas Juventus yang mudah membenam Cagliari dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik pertamanya dalam liga utama Itali.

Menurut Harian Metro, skuad kendalian Antonio Conte Inter mengakhiri penantian 23 tahun untuk menang di Naples untuk kekal berada di puncak, berkongsi mata dengan Juventus selepas 18 mata namun di depan menerusi perbezaan gol.

Lazio di tangga ketiga, ketinggalan enam mata tetapi dengan kelebihan satu perlawanan selepas melebarkan rekod kemenangan liga kepada sembilan perlawanan dengan kemenangan ke atas Brescia.

“Ia kemenangan yang penting, menang ke atas Napoli di tempat lawan bukan sesuatu yang mudah,” kata Conte yang mencatat kemenangan Serie A ke-100 sebagai jurulatih tetapi yang pertama di Naples.

“Napoli sejak beberapa tahun kebelakangan sentiasa ketinggalan berbanding Juventus, manakala Inter jauh ke belakang. Tahun ini kami rapatkan jurang.”

Ketiga-tiga jaringan Inter hadir menerusi kesilapan Napoli, naib juara selama dua musim sebelum ini tetapi berada di tangga kelapan musim ini.

Lukaku memecah kebuntuan pada minit ke-14 menerusi aksi solo membolosi pertahanan Napoli dengan penjaga gol Alex Meret gagal menyelamatkan jaringan kedua pada minit ke-33.

Penyerang Poland Arkadiusz Milik merapatkan jurang buat Napoli empat minit sebelum rehat namun Lautaro Martinez menambah gol ketiga selepas sejam perlawanan untuk memberikan Inter kemenangan pertama di Stadio San Paolo sejak Oktober 1997.

Komen & Pendapat

Comments are closed.