Membawang Hari Ini

Isteri Puji Da’i Farhan Macho, Seksi Habis Main Di Padang

Meskipun kontroversi rumah tangga Da’i Farhan masih lagi hangat diperkatakan, namun pendakwah muda itu bersama isteri, Dr Erin tetap tenang meneruskan kehidupan mereka, malah sering berkongsikan momen bahagia bersama di Instagram.

Baru-baru ini, Dr Erin ada memuat naik satu perkongsian memuji suaminya hebat beraksi di padang bola sepak. Dr Erin turut berkongsikan foto Farhan yang berjaya menjaringkan 100 gol menerusi 18 perlawanan.

Isteri pendakwah bebas itu yang sentias menemani Farhan sebagai juru sorak turut mengakui suaminya sangat macho dan seksi ketika bermain bola sepak.

Dalam pada itu, Dr Erin berkata dia juga sangat aktif bersukan serta merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando dan pernah menjuari pertandingan taekwando di Sabah.

Manis sentiasa pasangan pengantin baru ini. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untup pasangan ini dan semoga rumah tangga yang bina kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");