Membawang Hari Ini

“Jadi Lelaki Kacak, Jadi Wanita Cantik…” – Abang Ummi Nazeera Ada Dua Identiti

Melihatkan wajah manis Ummi Nazeera, pasti ramai tidak terkejut jika pelakon tersebut juga mempunyai seorang abang yang kacak. Malah, sedia maklum dua beradik tersebut sangat rapat.

Memiliki rupa paras yang cantik dan kacak dalam satu masa, itulah yang dapat digambarkan mengenai penampilan abang kepada pelakon terkenal itu, dikenali sebagai Nazreem Musa.

Mana tidaknya, jika kita menjengah ke laman IG Nazreem, kita dapat lihat dua personaliti yang berbeza daripadanya iaitu feminin dan maskulin.

Jadi lelaki kacak, jadi perempuan cantik

Pernah dikatakan mempunyai kecelaruan identiti, namun tidak dapat dinafikan wajah yang dimiliki Nazreem adalah dua dalam satu.

Jika ditatarias sebagai lekaki, tidak dapat dinafikan kekacakannya setanding hero Malaya. Namun, apabila disolek seperti wanita, wajahnya terus bertukar menjadi jelita.

Dapat gelaran ‘Dato’ di usia muda

Meraih gelaran Dato di usia muda, Nazreem dilihat sangat meminati dunia fesyen, malah kesemua gaya yang dikenakan Nazreem memang sangat berstail dan trendy.

Bertuah bukan Ummi mempunyai abang yang kacak dan cantik malah, boleh dianggap sebagai kembar kerana wajah mereka yang seakan sama.

Sumber : Nazreem Musa

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");