Perak Hari Ini

Jangan Ingat Sudah Jadi Kerajaan, Kita Saja Yang Lebih Betul: MB Perak

BATU GAJAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan agar semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat meletakkan kepentingan parti dan rakyat mendahului kepentingan peribadi.

Menurut beliau, kejayaan menjadi kerajaan tidak bermakna sekiranya parti sentiasa dilanda konflik disemua peringkat.

“Jangan pula kini kita sudah menjadi kerajaan, ada pula yang merasakan dirinya lebih betul dan layak daripada orang lain. Percayalah, sikap seperti ini yang membuatkan UMNO tewas dahulu,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak turut menyatakan bahawa kejayaan parti itu dalam membentuk kerajaan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hendaklah diurus dengan baik.

Tambah beliau, sekiranya gagal perkara sedemikian gagal dilaksanakan maka tidak mustahil kejayaan yang dikecapi pada masa kini akan musnah.

“Semasa awal penubuhan Bersatu, saya akui masih muda dan tidak mengetahui banyak perkara. Namun, atas semangat kesatuan, yang didorong oleh sokongan rakyat bersama-sama rakan parti komponen PH, kita akhirnya berjaya.

“Namun apabila kita kini sudah berjaya, kita perlu mengurus kejayaan ini dengan baik. Saya bimbang sekiranya kita gagal mengurus kejayaan yang dipinjamkan Allah ini, ianya boleh ditarik balik.

“Kejayaan ini bukan milik mutlak dan ianya boleh jadi sementara jika kita mula alpa,” ujarnya.

Ahmad Faizal dalam masa yang sama turut menyeru agar kesemua anggota sama ada peringkat kepimpinan, bahagian atau cawangan dapat terus berusaha menguatkan parti.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pejabat Bersatu Bahagian Batu Gajah di Pusat Komersial Batu Gajah Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Menglembu, Steven Chaw serta wakil-wakil kepimpinan parti komponen PH Perak yang lain.

Sementara itu, Ketua Bersatu Bahagian Batu Gajah, Mohader Ahmad Mohd Ayob dalam ucapannya berkata sehingga kini bahagiannya mempunyai seramai 1,640 orang keahlian.

Katanya selain berjaya menubuhkan 12 cawangan, Bersatu Batu Gajah kini dalam perancangan untuk menubuhkan lagi tiga cawangan parti yang baharu dalam masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");