Perak Hari Ini

Jangan Terpengaruh Gerakan Persoal Tulisan Jawi – Mufti Perak

IPOH: Masyarakat di negara ini diseru dan digesa agar tidak terpengaruh dengan desakan oleh pihak-pihak yang mempersoalkan pengenalan tulisan Jawi di sekolah-sekolah.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata gerakan tersebut seolah-olah dilihat cuba untuk menganggu-gugat keamanan nasional dan perpaduan kaum.

Tegasnya tulisan jawi dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mana tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu.

“Adalah mendukacitakan apabila masih lagi kedengaran suara yang menghalang perpaduan antara kaum di Malaysia dengan mendesak Kementerian Pendidikan mengadakan dialog terhadap pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah.

“Saya ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat untuk menelaah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 dan 10 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

“Ia secara jelas menjamin survival tulisan jawi dan angka Arab melalui pengajaran Bahasa Melayu kepada setiap warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jelas beliau, tulisan Jawi ada disebut dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan yang mana katanya jika dirujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan kepada seksyen berkenaan, maka tulisan jawi adalah Bahasa Kebangsaan.

“Sesiapa yang mempersoalkan hak-hak tulisan jawi adalah termasuk dalam definisi kecenderungan menghasut di bawah peruntukan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948.

“Ia menyebut: bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");