Berita Hari Ini

Jual Air Zam Zam Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti Perak

KUALA LUMPUR: Susulan isu larangan penjualan air zamzam oleh kerajaan Arab Saudi, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan bahawa perkara itu juga tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata ia kerana Islam melarang pihak yang mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran.

“Kalau ikut hukum syarak, salah lah kalau sudah tidak dibenarkan ‘tuan empunya badan’ (pihak Arab Saudi).

“Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Isu penjualan air zamzam kembali menjadi perbahasan awam selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.

KKM dalam satu kenyataan memberi peringatan bahawa individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Kenyataan itu antaranya menyebut Arab Saudi melarang penjualan air zamzam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di Malaysia.

Mengimport air zamzam memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Sementara itu, Harussani turut menjelaskan tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya pihak yang kembali menunaikan umrah atau haji membawa air tersebut sekadar untuk bekalan sendiri atau bersedekah.

“Kalau baru balik dari Umrah atau Haji, nak bagi air zamzam dekat orang atau sedekah tidak apa.

“Dia jadi masalah kalau jual sebab tidak dibenarkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");