Sukan Hari Ini

Juventus, Milan, Fiorentina Teruskan Kemaraan

MILAN: Bintang Juventus, Paulo Dybala meledak dua gol dan terbabit dalam banyak hantaran menarik bagi memberikan satu lagi gol buat Gonzalo Higuain ketika skuad dari Turin itu mengatasi Udinese 4-0 pada Coppa Italia awal pagi tadi.

AC Milan melupakan seketika masalah dalam Serie A apabila mereka mengatasi SPAL dengan kemenangan 3-0 dalam satu lagi saingan kelompok 16 terakhir dan Fiorentina menyingkirkan naib juara musim lalu, Atalanta 2-1 dan menjaringkan gol kemenangan ketika bermain 10 orang.

Juventus, kehilangan Cristiano Ronaldo kerana masalah kesihatan, di depan dengan gol minit ke-16 yang menampilkan gaya jurulatih Maurizio Sarri hasil hantaran sesama sendiri Dybala dan disudahkan Higuain.

Dybala meletakkan namanya selaku penjaring 10 minit kemudian selepas menyudahkan penalti apabila Federico Bernardeschi dikasari dengan pemain Argentina itu melencongkan bola ke gawang pada minit ke-58.

Penalti Douglas Costa selepas sejam melengkapkan kemenangan itu.

Sementara itu Krzysztof Piatek, Samu Castillejo dan Theo Hernandez meledak buat Milan manakala penyerang veteran,  Zlatan Ibrahimovic stayed kekal di bangku simpanan.

“Ia malam yang positif kerana pasukan bermain dengan baik dan berkualiti,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");