Sukan Hari Ini

‘Kami Akan Berjuang Habis-habisan Di Molineux’

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan respons positif dalam kalangan para pemain The Red Devils menjelang aksi Pusingan Ketiga Piala FA menentang Wolverhampton di Stadium Molineux, pagi ini.

“Ini akan kali keempat bagi saya ke sana (Molineux) dan kami belum pernah menang di Molineux.

“Tapi secara jujur Molineux bukan tempat yang yang mudah bagi semua pasukan. Liverpool pernah kalah di sana musim lalu dan Manchester City juga baru saja kalah di sana.

“Tapi kali ini kami datang untuk menang dan kami akan berjuang untuk menang di sana.

“Untuk itu para pemain harus bermain lebai baik, tampil lebih bagus, dan ke sana dengan mentaliti positif.

“Paling penting respons positif pada perlawanan menentang Wolves selepas banyak pihak menyifatkan kekalahan kepada Arsenal tempoh hari adalah persembahan yang begitu buruk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");