Panasnya Hari Ini

Karim Hilang Stres Selepas Mengundi

KIMANIS: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang yang selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis kira-kira jam 9 pagi tadi meluahkan rasa lega selepas dua minggu berkempen.

Ketua WARISAN Bahagian Kimanis itu adalah antara 2,158 pengundi berdaftar di pusat mengundi berkenaan yang mempunyai lima saluran mengundi.

Karim ketika ditemui media di luar pusat mengundi menyifatkan hari ini melegakan beliau selepas kira-kira dua minggu stres berkempen.

“Saya agak kurang stres hari ini selepas berkempen sejak 4 Januari lalu. Alhamdulillah, saya lihat proses pengundian lancar, pengundi jalankan tugas masing-masing, dan cuaca juga cerah, mudah-mudahan berterusan hingga petang.

“Jadi saya merayu pengundi turun awal untuk melaksanakan tanggungjawab supaya proses pengundian lancar dan terhindar daripada kesesakan dan hujan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Karim berkata, beliau akan melawat semua 19 daerah mengundi yang ada di Kimanis ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");