Berita Hari Ini

KEMAS Sedia Beri Kerjasama Penuh Bantu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan pegawai kanannya di Kelantan Isnin lalu.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin, berkata KEMAS akan sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warganya berada pada tahap yang terbaik selain bebas daripada gejala rasuah.

“Dimaklumkan bahawa SPRM Kelantan menahan seorang pegawai kanan KEMAS negeri itu bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 23 akta sama.

“Sehubungan itu, pihak KEMAS akan memberikan sepenuh kerjasama dan membantu dalam siasatan pihak SPRM Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan pegawai kanan KEMAS berusia 45 tahun itu ditahan di pejabatnya di Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang.

Suspek ditahan susulan aduan berhubung pembabitannya dalam tuntutan palsu, bagi program atau kursus anjuran KEMAS negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");