Panasnya Hari Ini

Kerabat Saudi Hanya Beri £10 Juta, Bukan £50 Juta, Kata Najib

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International bahawa beliau tidak menerima jumlah penuh seperti yang dijanjikan kerabat diraja Arab Saudi pada 2014.

Dalam menjawab soalan Pendakwa Raya ad-hoc V Sithambaram mengenai 4 “sumbangan” yang diterima antara 2011 hingga 2014, Najib berkata beliau menerima lebih £10 juta dari kerabat diraja Saudi pada 2014 dan bukannya £50 juta seperti yang dijanjikan kepadanya.

Peguam itu berkata Najib menerima sejumlah AS$1.05 bilion dari 2011 hingga 2013 dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

Sithambaram berkata bekas perdana menteri itu dalam memberi keterangan bahawa £10.4 juta dimasukkan ke dalam akaunnya dari 2 entiti iaitu Vista Equity Commodities Partners International dan Blackrock Pty Ltd pada 2014.

“Dalam surat bertarikh 1 Jun 2014 yang ditujukan kepada anda, kerabat Saudi berjanji untuk memberi anda sejumlah wang tambahan sebanyak £50 juta kerana mereka ‘kagum dengan kerja penting yang anda lakukan dalam mentadbir Malaysia menggunakan prinsip Islam dan bagaimana anda memperkenalkan Islam ke seluruh dunia’.

“Tetapi mereka hanya beri anda lebih £10 juta, dan ia berkurang sebanyak £40 juta”, kata Sithambaram.

Najib: Kalau begitu, mereka tidak berikan jumlah penuh.

Sithambaram: Saya dapati £40 juta tidak dihantar dan anda tidak tahu.

“Saya tidak menguruskan akaun saya,” kata Najib, sambil menambah Ketua Setiausahanya, Azlin Alias dan Nik Faisal Ariff Kamil ditugaskan untuk mengurus dan memberitahunya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau memulangkan majoriti AS$681 juta yang diterima pada 2013 kepada kerabat diraja Saudi, 4 bulan selepas pilihan raya umum ke-13, atas kehendaknya sendiri.

Sithambaram: Saya tidak mahu mendapatkan butiran dana itu kerana perkara itu dalam perbicaraan 1MDB.

Mengenai akaun Ambanknya, Najib berkata dalam borang permohonan membuka akaun, terdapat kenyataan bahawa bank itu akan menghantar penyata ke rumahnya di Langgak Duta setiap bulan.

Beliau berkata ahli perniagaan buruan Low Taek Jho mencadangkan Ambank dan memperkenalkan Pengarah Urusannya, Cheah Tek Kuang untuk membantu membuka akaun pada 2011.

Bagaimanapun Najib berkata beliau tidak ingat jika beliau menerima dan melihat penyata bank dari 2011 hingga 2013 memetik FMT.

Sithambaram mempersoalkan Najib sama ada beliau pernah menyemak “sumbangan RM2.6 bilion” dimasukkan ke akaunnya.

“Saya diberitahu mengenainya,” kata Najib.

Perbicaraan bersambung esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaunnya dari SRC International.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion dari SRC International daripada KWSP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");