Berita Hari Ini

Kerajaan Kaji Bayar Bantuan RM30 Terus Ke Akaun Penerima BSH

Kerajaan sedia mengkaji untuk memasukkan pemberian RM30 program e-Tunai Rakyat terus ke akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tidak mempunyai telefon pintar, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kita boleh kaji pada masa akan datang berhubung perkara itu.

“Biar kita jalankan dahulu program ini (e-Tunai Rakyat) dan lihat perkembangannya. Kalau ada banyak rungutan tentang perkara ini (permintaan memasukkan RM30 ke dalam akaun), kita akan pertimbangkan,” katanya.

Lim berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 1.7 juta permohonan menuntut wang percuma RM30 menerusi e-Tunai Rakyat telah diterima sejak dilancarkan.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 1.32 juta permohonan diluluskan membabitkan dana hampir RM40 juta.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar raya Tesco Bagan Ajam bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat, di Butterworth, hari ini.

Program e-Tunai Rakyat membabitkan peruntukan RM450 juta dilancarkan pada Selasa lepas bagi membolehkan rakyat Malaysia berkelayakan menuntut wang percuma RM30 menerusi tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Lim berkata e-Tunai Rakyat merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sistem pembayaran digital sebagai satu langkah penting ke arah masyarakat tanpa tunai.

“Sistem pembayaran tanpa tunai adalah lebih baik, efisien agar dapat memastikan semua dapat dibuat secara sahih, teratur tanpa unsur penyalahgunaan dan rasuah,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");